Salam, sudah lama tidak menulis, kali ini, bercadang untuk menulis mengenai artikel yang sampai ke peti surat gmail saya ini, yang bertajuk Meet Google Linux di ZDNet Asia, artikel tulisan Jack Wallen. Di dalam artikel tersebut, diberitakan mengenai Android, yang kini telahpun memasuki pasaran sebagai OS alternatif dari symbian, dan microsoft, yang dimuatkan ke dalam telefon bimbit. Rasa-rasanya, di Malaysia, sudah ada atau tidak produk telefon bimbit dengan Android sebagai OS-nya ? Mungkin kena baca lebih banyak berita-berita teknologi atau majalah keluaran tempatan mengenainya. Baik, Android adalah salah satu projek sumber terbuka Google, dan ianya berasaskan Linux.
Sebelum itu, Google, telah memasarkan produk seperti Google Desktop, Google Chrome (bersaing dengan Firefox, IE, Operasi dan Safari) . Google juga menawarkan aplikasi di atas talian seperti Gmail, Google Docs, Calendar , Blogger dan banyak lagi sebenarnya, Cuba baca ulasannya di sini.
Google Linux ? saya ada membaca majalah A.PC (Australian PC) di dalam isu #Jan2009, di bawah ini adalah kenyataan yang dinyatakan oleh penulis artikel di dalam majalah tersebut mengenai distro Linux gOS
Walaupun begitu gOS ini datang dengan pelbagai pakej yang meletakkan aplikasi Google sebagai pakej utama di desktop, yang menjadikan ianya adalah linux dengan penguasaan aplikasi Google.
Menurut Jack lagi, Google adalah nama yang telah dikenali ramai, namun Linux masih belum diketahui umum, amnya. Gandingan Google + Linux, memungkinkan penguasaan Google OS di dalam ko
mputer seperti netbook. Ini jelas dibuktikan dengan perisian Android (yang asasnya untuk 'mobile devices') telah disuaikan ke atas sistem netbook oleh Matthieus dan Daniel .
Namun pada pandangan saya, jika dilihat dari kedudukan distro Linux, Ubuntu menguasai tempat pertama dan diikuti oleh OpenSuSE dan Linux Mint. Kedudukan gOS, sentiasa berada dalam kelompok 20 ke atas (pada ketika blog ini ditulis).gOS adalah salah satu pilihan alternatif kepada pengguna setia Windows. Untuk gOS atau mungkin boleh disebut sebagai Google Linux atau Goobuntu (Google + Ubuntu) menjadi pilihan nombor 1 pengguna komputer, ianya masih belum boleh dipastikan lagi, ini kerana perancangan dan pembangunan/penambahbaikan ke atas gOS masih giat dijalankan. Jika suatu hari nanti, ia mula memasuki pasaran, seharusnya Google yang terkenal dengan komuniti sumber terbukanya, sudah pasti akan memberi saingan ke atas penguasaan OS dominan yang lain.
Sebelum itu, Google, telah memasarkan produk seperti Google Desktop, Google Chrome (bersaing dengan Firefox, IE, Operasi dan Safari) . Google juga menawarkan aplikasi di atas talian seperti Gmail, Google Docs, Calendar , Blogger dan banyak lagi sebenarnya, Cuba baca ulasannya di sini.
Google Linux ? saya ada membaca majalah A.PC (Australian PC) di dalam isu #Jan2009, di bawah ini adalah kenyataan yang dinyatakan oleh penulis artikel di dalam majalah tersebut mengenai distro Linux gOS
Many people intially thought that the 'g' in gOS must stand for 'Google' but the developers denied this. It stands for 'good', apparently - Graham Morrison A.PC
Walaupun begitu gOS ini datang dengan pelbagai pakej yang meletakkan aplikasi Google sebagai pakej utama di desktop, yang menjadikan ianya adalah linux dengan penguasaan aplikasi Google.
Menurut Jack lagi, Google adalah nama yang telah dikenali ramai, namun Linux masih belum diketahui umum, amnya. Gandingan Google + Linux, memungkinkan penguasaan Google OS di dalam ko
mputer seperti netbook. Ini jelas dibuktikan dengan perisian Android (yang asasnya untuk 'mobile devices') telah disuaikan ke atas sistem netbook oleh Matthieus dan Daniel .Namun pada pandangan saya, jika dilihat dari kedudukan distro Linux, Ubuntu menguasai tempat pertama dan diikuti oleh OpenSuSE dan Linux Mint. Kedudukan gOS, sentiasa berada dalam kelompok 20 ke atas (pada ketika blog ini ditulis).gOS adalah salah satu pilihan alternatif kepada pengguna setia Windows. Untuk gOS atau mungkin boleh disebut sebagai Google Linux atau Goobuntu (Google + Ubuntu) menjadi pilihan nombor 1 pengguna komputer, ianya masih belum boleh dipastikan lagi, ini kerana perancangan dan pembangunan/penambahbaikan ke atas gOS masih giat dijalankan. Jika suatu hari nanti, ia mula memasuki pasaran, seharusnya Google yang terkenal dengan komuniti sumber terbukanya, sudah pasti akan memberi saingan ke atas penguasaan OS dominan yang lain.

