Friday, 23 January 2009

TV Pendidikan : Adobe

Salam, pernah, suatu ketika dulu saya mempersoalkan (bukan di dalam blog ini) mengenai rancangan TV Pendidikan yang di bawah terbitan BTP. Bagi saya, dari zaman persekolahan sehinggalah sekarang, kualitinya masih pada tahap yang menyedihkan, namun saya percaya kuantitinya bertambah tahun demi tahun. Namun, kali ini bukanlah saya ingin menceritakan mengenai TV Pendidikan tersebut, tapi ini mengenai TV Pendidikan yang disediakan oleh gergasi perisian multimedia iaitu Adobe.

Saya mendapat tahu, Adobe telah melancarkan laman Adobe TV, di mana di situ, sebagai penagih ilmu dalam bidang multimedia (pedulikan sama ada anda baru bermula ataupun seorang yang profesional) , anda disogokkan dengan pelbagai saluran yang boleh dipilih. Kali pertama saya mendapat berita ini adalah melalui blog Jane.

Jadi apa tunggu lagi, jom kita ke sana dan jelajahi pelusuk Adobe TV untuk dikongsi bersama rakan-rakan lain nanti.

FAO : Why, in the world I can't see a GIMP TV, to provide this kind of services ?

No comments: