Saturday, 10 January 2009

Kit Ubuntu 8.10 Usaha Anak Tempatan

Salam, terlebih dahulu, mari kita mengucapkan syabas kepada usaha yang dijalankan kepada sdr jomlinux.com ini, kerana dengan usaha beliau (dan bantuan dari, mungkin dari beberapa pihak atau individu yang buat kerja ikhlas kerana Allah SWT) untuk menyediakan kit perisian alternatif kepada MS Windows (yang dominan di mentaliti seluruh manusia). Kit Perisian Ubuntu versi 8.10 Intrepid Ibex (code name) ini berbeza dari CD installer yang ditempah secara terus dari Canonical Ltd (Mark Shuttleworth).
Saya tidak perlu menghurai lebih lanjut mengenai kit ini, yang buat masa sekarang ini, masih di dalam proses mencapai sasaran. Ulasan terhadap projek telah dilakukan secara berkala (peringkat-demi-peringkat) di web melayubuntu.blogspot.com. Di sini, di blog ini saya mempromosikan apa yang telah dihasilkan oleh saudara sebangsa seagama, bagi menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi, terhadap usaha murni ini. Ayuh marilah bersedia untuk mempelajari sesuatu yang baru (tanpa prejudis, prasangka buruk) dengan mendapatkan Kit Ubuntu 8.10 Intrepid Ibex ini.


No comments: